Monthly Archives: December 2011

Peringatan : Masa.

Peringatan : Masa.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Lihatlah pd waktu solat pd setiap 5 waktu dlm 1 hari di bumi Moscow,RU ini. Jadual itu bukan setakat memberikan maklmuat waktu yg tepat agar tidak terlepas menunaikan solat fardhu, malah ia sbg indikator kpd suasana di sini.

Jika diperhatikan elok2x, Matahari benar2x terbit se-awal jam 0952 & terbenam pd jam 1657. Tambahan pula, musim sejuk di sini, jika berpandukan fakta sains : ketika ini, disebabkan kedudukan Moscow yg terletak hampir ke atas mendekati titik hujung hemisfera utara, SERTA kedudukan axis bumi yg senget menyebabkan Moscow mendapat kurang cahaya matahari, dan inilah punca adanya musim sejuk.

Sudahlah waktu siang itu menjadi pendek, yg sentiasa dinikmati di bumi Malaysia dgn 12 jam, dan kini dpt merasakan hanya 8 jam shj, TAMBAHAN itu, kurang-nya cahaya matahari, maka hari2x di nikmati dgn suasana seperti ‘mendung hendak hujan’.

Sejuk. . .Mendung. . .selalunya menjadi salah satu faktor utk membangkitkan nafsu utk memalaskan diri langsung bertambah menjadi2x enaknya dgn melelapkan mata di atas tempat yg empuk & selesa sprt katil, sofa & sbg-nya.

Secara jujurnya, begitulah yg dihadapi penulis yg juga manusia yg lemah ini. Mula2x mungkin akan terasa enak membuaikan nafsu itu dgn mengambil kesempatan waktu malam yg pjg; TETAPI tidak enak rasanya hati & iman kerana itulah tanda diri sudah jatuh ke dlm perangkap nafsu.

Nah, natijah kpd penguasaan nafsu adalah ber-malas-malasan. Akibatnya, diri kurg produktif, masa di sia2x-kan, hari berlalu dgn begitu sahaja, kdg2x merasakan sebentar shj waktu-nya berlalu, akhir-nya menambahkan kebebalan pd kesihatan badan serta akal. Oh! ini sangat bahaya.

Apakah punca berlaku-nya masalah ini? Jawapan-nya : Pd diri sendiri iaitu nafsu/syahwat! Bukanlah salah kejadian Tuhan menjadikan musim sejuk & malam-nya lebih panjang. Tetapi, kawalan & pengusaan diri yg lemah itu-lah nafsu menjadi raja di hati & akal kita. Dan INGATLAH! Sudah tentu syaitan akan mengambil peluang utk menjauhkan diri drpd suatu kebaikan.

Oleh itu, penting-nya ber-mujahadah. Ini juga peringatan kpd penulis yg benar2x mengalaminya baru2x ini. Didik diri utk mengisi masa2x dgn perkara yg ber-faedah. Kdg2x kurang ber-sendirian dgn bergaul dgn sahabat2x utk perkara kebaikan itu banyak membantu (cth : solat jemaah, tidak ponteng kuliah/kelas dll). Menelaah buku2x ilmiah atau mana2x bacaan yg baik. Zikrullah dgn membaca Quran, ber-usrah, menghadiri majlis ilmu; & banyak yg bermanfaat.

Nah! Sedarlah diri, apa yg telah kita penuhi masa sama ada dgn yg byk bermanfaat atau lebih kpd buang masa.
[Bacaan : "bermalas-malasan!"] – Selamat Ber-mujahadah.

Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.

Hari A’syura.

Hari A’syura.

Hello & Salamun A’laikum – QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

1.[Sahih Bukhari]-drpd Ibnu Abbas r.anhuma.
Ketika Nabi tiba di Madinah, Beliau melihat orang-orang Yahudi ber-puasa pd hari A’syura; Nabi ber-tanya : “hari apakah ini?”

Mereka men-jawab : “hari ini hari yg baik. Pada hari ini, Allah telah melepaskan bani Israel dari musuh-musuh mereka, maka berpuasanya Musa.”

Sabda Nabi : “aku lebih berhak dgn Musa berbanding kalian”. Maka Nabi ber-puasanya (pd hari A’syura) & meyuruh mempuasakannya.

2.[Sahih Bukhari & Muslim]-drpd Abu Said al-Khudri r.a.
Berpuasa 3 hari setiap bulan , dari bulan Ramadhan ke Ramadhan selanjutnya adalah sama dengan puasa setahun penuh, puasa pada hari Arafah (9 dZul-Hijah) karena mengharap pahala dari Allah menghapuskan dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya, puasa hari A’syura (10 Muharram) menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu.

Penulis bukanlah ahli hadith; namun drpd sabda Baginda yg sgt jelas, ditujukan kpd kita, wajib di-manfaatkan dgn mengambil-nya utk penghayatan & di-amalikan dlm bentuk perbuatan.

1. Sbg muslim, kita sedia maklum hari A’syura adalah pd 10 Muharam dlm tahun hijriah (Lunatic calander); dan hukum-nya sunnah utk ber-puasa pd hari tersebut.

2. Apakah kisah sebenar di sebalik kita berpuasa pd hari tersebut? Ia berkaitan dgn nabi Musa a’laihi salam melakukan sbg ibadah kpd Allah subhanahu wa taa’la krna terlepasnya Baginda a’laihi salam & kaum-nya drpd musuh2x.

Muslimin lebih berhak utk mengingati hari tersebut berbanding Yahudi, kerana secara dasar-nya ajaran Musa & Muhamad ﷺ membawa kpd a’kidah suci yg tidak mensyirikkan Allah subhanahu wa taa’la & ke-dua2x nabi ini benar2x mengikuti millah nabi Ibrahim a’laihi salam.

3. Ganjaran kpd hamba Allah yg ber-sungguh2x melaksanakan amalan sunnah ini, di-janjikan ganjaran keampuanan dosa2x-nya setahun yg lepas.

4. Kita adalah manusia, tidak terlepas dgn maksiat, silap & dosa. Inilah peluang emas utk kita bertaubat & memohon keampunan serta merayu rahmat-Nya ke atas diri kita yg lemah ini. Moga2x amalan puasa kita di-terima & di-ampunkan dosa2x yg lepas. Ameen.

Selamat menjalani ibadah puasa dgn meng-optimum-kan keikhlasan & kesungguhan. Insha Allah, moga di-terima-Nya.

Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.

Maksimumkan Usaha.

Maksimumkan Usaha.

[NOTE: perkongsian khutbah jumaat 02.12.11/ 07 Muharram 1433].

Hello & Salamun A’laikum – QS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Meluap2x rasa-nya darah muda ini, apabila seruan drpd pemuda utk melaksanakan tugas y suci di laung2x-kan di hadapan para muslimin, pd hari y mulia, penghulu segala hari iaitu Jumaat.

Ya, kita sudah me-memasuki tahun baru hijriah, iaitu 1433H. Ingin sibuk-kan diri dgn azam baru? Ber-ingat2x-lah, perlu kita mem-paharui iman kita. Apabila tahun baru memasuki, bermakna tugas kita  ber-tambah berat!

Kita telah menyaksikan jatuh-nya Sosialis pd awal 90-an. Yang tebaru, Kapitalis pula jatuh pd 2007. Lalu, apa lagi y hendak di cegat-kan wahai pemuda muslim! Ini lah tanda perlu-nya islam di naik-kan semula. Kerana yg Haq berlandaskan sistem Tuhan itu akan kekal, & lihat-lah! Lihat-lah Teori2x y batil ciptaan manusia konon-nya utk kebaikan manusiawi, tetapi hanya se-mata2x berlandaskan duniawi menolak pegangan wahyu  tidak membawa kpd kekalan; sepanjang ia bertatih dilaksanakan, byk kezaliman & kekurangan berlaku, & akhir-nya runtuh sbg satu teori y tidak relevan utk diguna pakai lagi.

Lantas, jgn-lah tangguh2x utk sedar, fahami-lah & bergerak-lah menjalankan tugas kita :

1. Islamisasi-kan dlm diri.

Ber-mula dgn individu, mesti-lah menguatkan & mengukuhkan akidah & iman. Lalu menuju kpd ke-taqwa-an! Diri sendiri adalah per-mulaan kpd gerak-nya satu kelompok y ramai utk memartabatkan islam y sebenar. (Individu Muslim)

2. Mem-bangun-kan Rumah Tangga y islami.

Percaya-lah! Keluarga adlh satu unit kecil dlm masyarakat. Keluarga y di-didik & di-bentuk mampu menjana satu masyarakat y benar2x harmoni. (Baitul Muslim)

3. Me-maksimum-kan fungsi masjid.

Apa sebenar-nya fungsi masjid? Adakah ia hanya tempat utk solat sahaja? Tmpat ber-kumpul-nya para veteran utk habis-kan sisa hidup? Utk memenuhi satu ‘event’ sprt solat raya? dll

Tiba-nya kita mengajak org ramai ke masjid dgn ber-hikmah. Fungsi y sebenar2x-nya seperti di zaman Rasulullah . Malah, di zaman moden ini, mcm2x aktiviti y baik dari segi syarak boleh dilaksankan di dlm masjid.

Masjid-lah tempat mendidik & membentuk masyarakat.

4. Melibatkan diri dlm dakwah.

Dakwah bukan-lah satu y di-lakukan oleh golongan tertentu. Malah setiap muslim itu mesti melakukannya.

Mungkin menjadi satu y senstif atau kurg senang bila sebut ttg dakwah. Dakwah ini tidak lain hanya bermaksud utk mengajak. Mengajak manusia kpd Allah subhanahu wa taa’la dgn hikmah & contoh teladan y baik serta berbantah dgn cara terbaik agar mengingkari taghut & beriman kpd Allah subhanahu wa taa’la, supaya manusia bebas drpd kegelapan jahiliyah kpd cahaya islam.

Lakukan-lah dgn se-mampu-nya. Dgn senang cerita, kemampuan itu dlm bentuk perkataan (eg. hujah, pandangan, forum, pidato, blog, kolumnis dll) & dlm bentuk perbuatan (eg. terbaik dlm mengekspresi akhlak diri, cara ber-gaul, menghalang kemungkaran dgn anggota bdn kita, dll)

Insha Allah, libat-nya kita dlm dakwah, kita-lah y digolongkan Allah subhanahu wa taa’la sbg umat y terbaik : [surah Ali Imran(03):110]

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Makna : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.

5. Buktikan solidariti/keteguhan umat islam.

Ter-nyata sesama kita y muslim ini ber-saudara. Maka, elok sgt-kah perilaku y buruk di lakukan kpd saudara kita? Oleh itu, kebaikan mesti di pupuk bersama & keburukan di cegah bersama. Berilah peluang kpd saudara y sudah bertaubat atas dosa & kesilapan-nya. Ingat!Islam-lah sebenar-nya tali ikatan antara kita.

Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.