Category Archives: Bicara Pada Hati

‘Bicara pada Hati’, in english is : Talk to Your Heart. Allah,Most High gave us ‘akal’ ( i.e intelligence,mind etc. ) which we are difference from animals obviously, because we ( i.e human being ) could think properly and wisely. BUT, the function of the ‘heart’ is to understand, the main part in our potential which can influence our ‘akal’ and ‘amal’. This potential differ us between Muslims and Mukmins.

Menilai dengan adil.

Menilai dengan adil.

| Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” |
Bahagian : I | II | III | IV

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Bagi sesiapa yang pernah dimasukkan ke dalam hospital atas tujuan kesihatan, pasti pernah merasai proses pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor. Bagaimanakah dia memeriksa anda? Banyak soalan ditanya? Terdapat bahagian tubuh diperiksa? Banyak prosedur dijalankan ke atas anda?

Ya, sudah semestinya secara amnya pada pemikiran para pembaca, perkara-perkara di atas ini, pasti dilakukan oleh seorang doktor kepada pesakitnya. Secara keseluruhannya, semua itu dirangkumkan ke dalam satu istilah iaitu mengambil sejarah pesakit (patient’s history or case history).

‘Sejarah pesakit’ (patient’s history) terkandung maklumat-maklumat yang sangat penting yang perlu diambil oleh para doktor dengan segala prosedur, sama ada berbentuk lisan, pemeriksaan fizikal, penggunaan material alat bantuan periksa dan sebagainya.

Bermula dengan pesakit meluahkan segala aduan tentang ketidak selesaan dan kerisauan terhadap perubahana yang berlaku pada dirinya.

Kemudian doktor bertanyakan semua persoalan-persoalan yang perlu dijawab mengenai hal ehwal kesihatan dengan skop yang lebih luas (anamnesis morbi & vitae).

Selesai dengan proses komunikasi bagi menilai apa yang berlaku secara kronologi. Tiba pula untuk melakukan pemeriksaan secara fizikal (physical examination) daripada hujung rambut ke hujung kaki, serta segala sistem tubuh badan di periksa secara observation, auscultation, palpation, percussion, dan teknik-teknik tertentu.

Selepas itu, jika terdapat keperluan bagi memahami lebih tentang perubahan dalam badan melalui cecair, doktor akan mengambil sampel darah, air kencing, cerebro-spinal fluid, dan lain-lain, bagi setiap ujian biokimia, bilangan darah (full blood count), dan sebagainya.

Sepanjang pemeriksaan di atas, berdasarkan hemat pendapat dan pengetahuan doktor, ditambah dengan indikasi-indikasi tertentu, perlu untuk pemeriksaan yang lebih advance, maka dilakukannya X-ray, CT-scan, US-scan, angiography dan sebagainya.

Beginilah secara amnya, turutan proses pemeriksaan terperinci seorang doktor kepada seorang pesakit, dengan tujuan meletakkan kesimpulan atau diagnosis yang tepat agar dapat menetapkan taktik yang sangat berkesan insha Allah membantu pemulihan penyakit.

Mengambil Contoh Kerja Doktor.

Cara, teknik, ruh dan falsafah penilaian doktor untuk menentukan apakah penyakit atau masalah yang dideritai oleh pesakit itu boleh diambil pengajaran dan manfaat mencontohinya.

Sukar untuk menafikan bahawa kita ini hidup dengan tidak tahu apa-apa selain daripada diri kita dan perkara terdekat di sekeliling kita.

Padahal, dunia sekarang sudah dibentangkan dengan pelbagai maklumat dan berita daripada pelbagai sumber. Televisyen, radio, surat akhbar, flyer, internet, ceramah terbuka dan tertutup, diskusi ilmiah, forum, debat dan sebagainya.

Kesemua sumber tersebut sangat memberi impak kepada kita dalam menilai seberapa tepat suatu isu dan keadaan yang timbul atau menjadi perbincangan sepanjang masa. Sebagai contoh, isu bumi Palestin.

Maka, penilaian yang teratur, secara kronologi, dimulakan dengan asas dan dasar, kemudian mengambil kira kepada perkembangan isu daripada sudut pandang yang luas, meyeluruh serta banyak lagi, demi menghasilkan satu kata putus atau pendirian yang adil pada hemat individu tanpa menyelitkan sifat-sifat mazmumah; tidak ikhlas, berat sebelah, beremosi negatif yang melampau-lampau seperti dendam dan tidak sabar, serta banyak lagi.

Bak kata Allah subhanahu wa taa’la dalam surah al-Maidah [5] ayat ke-8 :

يَـأَيُّهَآ الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلهِ شُهَدَآءَ بِالْقِسْطِ ؛

وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ ؛

اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى ؛

وَاتَّقُواْ اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksud : “Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil-lah! Kerana ia (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan.”

Wallahu taa’la a’lam.

< Sebelumnya | Baca Artikel “Tadabbur Perubatan” |

Bukan malas bertanya, tetapi malas berfikir.

Bukan malas bertanya, tetapi malas berfikir.

Hello & Salamun A’laikum- QS -06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Hujung minggu sering dinanti-nantikan para pelajar terutamanya kami, pelajar perubatan di Moscow, Russia, kerana dapat berehat. Terhindar daripada kesibukan ibu kota, jadual waktu kuliah dan seminar yang padat. terpaksa berjalan jauh dari satu jabatan ke jabatan yang lain, sama ada dengan berjalan kaki mahu pun dengan kenderaan awam.

Dalam suasana pagi kira-kira jam lapan pagi, ketika matahari pagi menyinsing, cahayanya memasuki jendela dapur hostel Kahovskaya tingkat dua, memenuhi ruangan yang kosong, tambahan dengan sunyi sepi dari kawasan koridor, barangkali kebanyakan penghuni hostel mahu memuaskan nafsu tidurnya di hujung minggu ini.

Namun, ada seorang lelaki merupakan pelajar dari Malaysia terkecuali daripada membuaikan lenanya di atas katil, sedang menggoreng jemput-jemput kentang di dapur sebagai makanan sarapan paginya. Namanya Khairi.

Tatkala sedang seronok dan fokus menggoreng, tiba-tiba datang seorang sahabat dari tingkat empat, Raimi, menjengah kepalanya di pintu dapur kerana perasan Khairi di dalam dapur, “hui . . . tengah buat apa tu?” tiba-tiba bertanya.

Terkejut Khairi seolah-olah ingin melompat akibat datangnya suara yang dia kenali memecah suasana sunyi di kawasan tingkat dua itu. “La . . Raimi. Tengah memasaklah!”. Khairi tahu benar, jika Raimi ke tingkat dua, pasti dia akan ke bilik Roslan.

Pagi berlalu dengan tenang. Jam sudah menunjukkan jam sebelas pagi. Menjadi kebiasaan Khairi akan mengulangkaji selama sejam ketika itu. Kali ini dia membuka buku teks terapi. Sedang asyik menelaah buku tersebut, ketukan pintu menyusuli, lalu terbuka, “assalamualaikum, Khairi. Aku datang nak sikit jemput-jemput kentang tadi.” Raimi rupa-rupanya. “Ambillah atas meja tu, nasib baik ada lagi.”

“Yay~thank you. Khairi, engkau buat apa tu?” Khairi menggelengkan kepala, “ish ish ish. Engkau ni, tak kan lah tidak tahu aku sedang membaca buku.” Raimi tidak berkata apa-apa, tambahan dengan muka yang rasa tidak rasa bersalah.

“Raimi, aku tengok, engkau ni trolling kat aku lah!” “Eh, mana ada” , sahut Raimi. “Engkau tanya soalan kepada sesuatu yang engkau boleh tahu apa yang sedang aku lakukan.” “Errr. . .”, Raimi tidak tahu apa yang hendak di balas.

“Hum, mungkin engkau tidak perasan, bagi pendapat aku lah, kalau kita malas berfikir, kita akan tanya soalan bodoh. Aku tahu engkau cuba untuk bermesra denganku dengan melayanku melalui soalan-soalan engkau itu. But, I don’t like that kind of question. Malah, soalan-soalan itu merimaskan kerana aku terpaksa menjawab untuk sesuatu yang sudah jelas dan tidak perlu ditanya.”

“Hum. . .”, Raimi mengangguk. “Aku bagi tips supaya soalan-soalan tu nampak intelligent sikit. Contohnya, ‘masak apa tu?’ ‘buku apa yang engkau baca?’. Nah, dengan soalan-soalan sebegini, apabila aku menjawab, kita boleh membuka perbualan yang sedikit panjang dan lebih mesra. Seperti, ‘rajinnya masak jemput-jemput pisang, aku sarapan pisang sahaja’ ‘oh terapi, tahu tak drug apa yang dianjurkan oleh profesor kita tempoh hari bagi merawat bronchial asthma?’ “

“Hehehe. .maaflah, tak sangka itu boleh menyinggung perasaan seseorang”, ujar Raimi. “Barangkali tidak semua orang, namun aku suka kalau soalan itu boleh membawa kepada sedikit perbualan yang ada kualiti. Moga-moga dengan cara itu, sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi talian hati ke hati kita. Itu baru cool, betul tak?”

“Hum, betul juga!” Jawab Raimi, faham dengan apa yang dinasihatkan Khairi untuk memperbaiki teknik komunikasinya, malah itu mampu membawa kepada cara untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang lain dengan lebih berkesan. Insha Allah.

Tamat.

Mesti baca : [motivasi] soalan bodoh? kenapa bertanya?

Pengajaran daripada Abdullah bin Jahsy r.a.

Pengajaran daripada Abdullah bin Jahsy r.a.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Abdullah bin Jahsy r.a.

Abdullah bin Jahsy bin Riab bin Ya’mur al-Asdy termasuk golongan assabiqun al-awwalun (golongan awal memeluk islam) sebelum adanya markas di rumah Arqam bin abi al-Arqam. Beliau adalah sahabat dan sepupu kepada nabi Muhamad ﷺ melalui ibu saudaranya Umaimah binti Abdul Mutalib yang merupakan adik-beradik kepada bapa Baginda ﷺ , Abdullah bin Abdul Mutalib. Selain itu, Baginda ﷺ juga merupakan adik ipar kepada Abdullah bin Jahsy kerana Baginda ﷺ mengahwini adik beliau iaitu Umul Mukminin Zainab binti Jahsy.

1.Hijrah.
Penghijrahan Abdullah bin Jahsy ke Madinah merupakan orang kedua selepas Abu Salamah, di mana ketika itu para sahabt diizinkan Baginda ﷺ untuk berhijrah.

Sebelum itu, Abdullah bin Jahsy bersama-sama isteri dan anak-anak pernah mengikuti hijrah ke Habsyah sejak dakwah nabi Muhamad ﷺ secara terang-terangan berlansung lalu penindasan dan tekanan ke atas kaum muslimin menjadi-jadi daripada puak Quraisy.

Selepas peristiwa hijrah ke Madinah, seluruh kawasan bani Jahsy dirondai oleh Abu Jahal dan Utbah bin Rabia’h untuk menngetahui sesiapa yang pergi dan tinggal. Kemudian, selepas didapati rumah Abdullah bin Jahsy yang agak mewah itu tidak berpenghuni, Abu Jahal menjadi alih dengan memilikinya.

Berita ini telah sampai kepada Abdullah bin Jahsy di Madinah. Beliau sedih dan mengadu kepada Rasulullah ﷺ , lalu Baginda ﷺ menenangkan Abdullah bahawa beliau akan mendapatkan rumah di syurga kelak.

2. Abdullah bin Jahsy adalah Amirul Mukminin yang pertama.
Beliau ditugaskan Baginda ﷺ ditempatkan dalam satu pasukan (lapan orang termasuk Saad bin Abi Waqas) untuk mengintip dan merisik musuh.

Pada pandangan beliau dengan terbentuknya pasukan itu, ia mampu untuk berperang menentang musuh. Namun, itu bukan yang tugaskan oleh Rasulullah ﷺ. Maka, Abdullah bin Jahsy dilantik menjadi amir (ketua pasukan) dan menyerahkan panji pertama islam (yang diikat pada tongkat Baginda ﷺ), dan menggelar beliau sebagai amirul mukminin (ketua orang-orang beriman).

Rasulullah ﷺ menyerah sepucuk surat; Abdullah bin Jahsy dikehendaki membuka dan membacanya selepas dua hari perjalanan.

Isi kandungan surat itu : “teruskanlah perjalanan ke Nakhlah (terletak antara Thaif dan Mekah); hendaklah mengamati gerak-geri Quraisy dan laporkan kepadaku.”

Ketibaan pasukan itu di Nakhlah, mendapati satu kafilah Quraisy terdiri daripada empat orang iaitu : Amr bin Hadhramy, Hakam bin Kaysan, Uthsman bin Abdullah serta Mughirah bin Abdullah; membawa barang dagangan (kulit, anggur dan lain-lain).

Abdullah bin Jahsy ber-syura/mesyuarat dengan ahli-ahli pasukan sama ada menyerang mereka atau tidak. Faktor yang diambil kira untuk menentukan keputusan iaitu :

  • (1) Tarikh ketika itu terletak pada akhir bulan haram; jika serang, akan melanggar kehormatan bulan itu dan menimbulkan kemarahan bangsa arab.
  • (2) Jika ditunggu, kafilah Quraisy itu akan memasuki tanah haram dan penyerangan tidak dibenarkan.

Akhirnya keputusan syura bersepakat untuk menyerang. Hasilnya, seorang tewas terbunuh; dua orang ditawan; seorang dapat melarikan diri; harta dirampas dan dibawa pulang ke Madinah.

3. Setelah pulang ke Madinah.
Abdullah bin Jahsy dan pasukannya dimarahi Rasulullah ﷺ kerana bertindak di luar arahan.

Rasulullah ﷺ menangguhkan keputusan untuk dikenakan ke atas pasukan itu, tawanan dan harta rampasan.

Situasi menjadi semakin parah di mana Quraisy mengambil kesempatan menyebarkan berita memburukkan islam dan nabi Muhamad ﷺ kerana melanggar kehormatan bulan haram lalu menghalalkan pertumpahan darah dan merampas harta.

Abdullah bin Jahsy dan pasukannya berasa sedih, sesal dan tercela sehingga tatkala berjumpa dengan kaum muslimin, mereka berkata : “mereka adalah orang-orang yang melanggar perintah Rasulullah .” Itulah yang diterima dan ditanggu sedangkan masih menunggu keputusan daripada Allah subhanahu wa taa’la dan RasulNya ﷺ.

Akhirnya turunlah wahyu, merupakan satu ayat yang membawa berita gembira yang berpihak kepada keputusan syura dan tindakan Abdullah bin Jahsy dan pasukannya :

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah : ‘Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kufur kepada Allah, (menghalangi memasuki) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.’

Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup.

Barang siapa yang murtad di anatara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. “ [surah al-Baqarah : 217]

Maka, orang ramai berjumpa Abdullah bin Jahsy serta ahli-ahli pasukannya , memeluk erat-erat, mengucapkan selamat dan membacakan ayat suci al-Quran tadi.

Lalu, Rasulullah ﷺ redha pada mereka. Harta rampasan di ambil dan diletakkan di Baitul Mal; dan dua tawanan dibenarkan untuk dibebaskan.

Harta rampasan itu adalah harta rampasan pertama dalam sejarah islam. Musuh yang dibunuh adalah musyrik yang pertama tumpas di dalam sejarah islam. Bendera pasukan mereka merupakan panji pertama yang digunakan dalam islam.

4.Kewafatan Abdullah bin Jahsy.
Beliau syahid di medan peperangan Uhud.

Dalam peperangan itu, Saad bin Abi Waqas dan Abdullah bin Jahsy berdoa di tempat yang terpencil;

Doa Saad bin Abi Waqas : “Ya Allah, pertemukan daku dengan musuh yang paling buas dan jahat. Aku akan melawannya dan berikanlah daku kemenangan!”

Doa Abdullah bin Jahsy : “Ya Allah, pertemukan daku dengan musuh yang paling buas dan jahat. Aku akan melawannya dan aku tewas di tangannya. Dia kemudian memotong hidung dan telingaku.”

Ternyata Allah subhanahu wa taa’la memaqbulkan doa Abdullah bin Jahsy. Dia melawan musuh dengan mengharapkan syahid, lalu tumpas; di penghujung peperangan Uhud, mayat-mayat para syuhada’ dicacatkan oleh tentera musyrikin, dan Abdullah bin Jahsy termasuk dalam kalangan mayat yang dicacatkan itu.

Beliau syahid bersama Hamzah bin Abdul Mutalib, dan dikuburkan bersama dalam satu lubang kubur.

Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah hidup Abdullah bin Jahsy :

1. Taat.

Ketaatan kepada arahan dan perintah ketua mestilah tidak berbelah bagi dan jangan dilanggar.

2. Syura.

Membuat suatu keputusan dalam pasukan / jemaah mestilah dengan bermesyuarat antara ketua dan ahli-ahlinya, lalu memutuskan satu keputusan akhir.

Keputusan itu mestilah diyakini serta faham dan bersedia menghadapi risiko akan kesannya sama ada baik atau buruk.

3. Pengorbanan dunia kerana akhirat lebih mulia.

Pada suatu ketika, kita pasti akan menghadapi satu situasi yang menyebabkan mengambil keputusan terhadap harta dunia kita, di mana terpaksa ditinggalkan / dikorbankan.

Ini adalah keputusan yang sangat berat, tetapi untuk tujuan dakwah dan islam, kita mengaharapkan keredhaan Allah dan syurgaNya adalah suatu prioriti / yang utama. Sesungguhnya, untuk mendapatkan yang terbaik (syurga) itu mahal harganya (iaini pengorbanan dan usaha kita).

4. Reaksi masyarakat terhadap mereka yang telah melakukan kesilapan.

Kesilapan dan dosa yang dilakukan itu memang dibenci dan dicela oleh sesiapa sahaja. Namun daripada kisah ini, penyesalan sahabat terhadap kesilapan itu sangat terasa dan mendalam.

Setelah bertaubatnya orang-orang yang berbuat silap atau dosa; terimalah mereka kembali kerana dosa itu dengan izin Allah akan diampunkan. Sungguh Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Usah dipanjang-panjangkan sikap dingin kepada orang yang sudah bertaubat. Mereka itu adalah saudara semuslim. Contohilah seperti dalam kisah ini.

Kredit :
Sumber 1 | Sumber 2

Allahu Taa’la A’lam.

Kisah seorang yang sangat sayangkan laptopnya.

Kisah seorang yang sangat sayangkan laptopnya.

Hello & Salamun A’laikumQS 06:54
In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Raimi : “Penat!”

Syafiq : “Amboi, letih nampaknya! Buat apa dari pagi sampai ke malam letih sangat?”

Raimi : “Eh!” aku bermonolog dalaman *Aku keluar makan di gerai depan, kemudian pulang menghadap laptop, internet. Ya tak ya. Dengan internet sahaja.* “Astaghfirullahal a’zim”

Syafiq : “Amboi, amboi, apa sudah jadi pula ni?”

Raimi : “Tak ku sangka menghabiskan masa di hadapan laptop dan melayari internet hampir satu hari adalah kesibukan aku yang mendatangkan keletihan.”

Syafiq : “Astaghfirullahal a’zim, itu bukan sibuk namanya, itu membuang masa. Ingatlah wahai sahabat! Sebelum menularnya kebiasaan membuang masa kepada yang sia-sia ini, berjaga-jagalah! Kelak perbuatan yang sia-sia, harganya dibayar dengan kerugian usia engkau sahaja.”

Raimi : “Betul, Syafiq!. Bahkan perbuatan aku itu aku dapati langsung tiada unsur ibadah kepada Allah. Aku melayari internet semata-mata untuk ke ruangan sosial Facebook, menonton apa-apa yang aku terlintas dan berminat di YouTube, membaca komik-komik dan menonton anime secara online yang tidak henti-henti. Jikalau hendak dikirakan, memang terlalu banyak yang lagha semata-mata.”

Syafiq : “Nah, terimalah nasihatku! Usahlah terlalu asyik dengan perkara yang sia-sia. Itu sebahagian daripada jahiliyah. Tidak menguntungkan apa-apa pun. Usah ditunggu lagi, nanti apabila dibiarkan tanpa tindakan berubah, mulalah nafsu memakan hati dan fikiran, lalu jasad menurutinya, akhirnya kembali ke taku yang lama.”

Raimi : “Tetapi, Syafiq. . . aku risau. Tatkala aku menghadap laptop sahaja, pasti aku akan melayari internet. Bantu aku, sahabatku!”

Syafiq : “Ya, benar. Setakat azam yang tinggi itu tidak cukup. Malah ia mesti di sinergikan bersama dengan hati, minda dan fizikalmu, Raimi. Hatimu mesti dibersihkan dengan mengikhlaskan sungguh-sungguh untuk melaksanakan perubahan. Mindamu mestilah diisi dengan sesuatu yang menjanakan kecerdasan dan ilmu pengetahuan. Fizikalmu mesti disibukkan dengan aktiviti yang menjauhkan daripada jahiliyah. Maka untuk laptopmu itu, biarkan aku sahaja yang menyimpannya, jika ada keperluan, engkau nyatakan alasan yang bernas kepadaku untuk mengambil dan menggunnakannya. Kemudian sesudah itu, pulang kembali kepadaku. Bagaimana pandanganmu?”

Raimi : “Wah! Aku setuju! Ini bukan sahaja menyelesaikan masalahku membuang masa dengan laptopku, malah mendidik hati, minda dan fizikalku daripada menjauhi jahiliyah.”

Syafiq : “Benar,Raimi! Aku tetap akan membantumu, malah ini menjadikan satu peringatan kepadaku juga dalam mendidik diriku ini. Bak kata orang putih ‘kill two birds with one stone’ hahahaha”.

Raimi : “Hahahaha, ya! Moga-moga usaha kita ini akan menjanakan keberhasilannya nanti”.

Syafiq : “Insha Allah. Malah engkau jangan terlalu berharap bahawa ia akan berhasil dalam masa seminggu atau dua minggu! Hasilnya barangkali sebulan atau memakan bertahun-tahun baru engkau boleh menjinakkan nafsumu, dapat membiasakan diri menjauhkan jahiliyah, malah engkau sangat sensitif jika ada saja jahiliyah cuba hampiri atau terpercik kepadamu!”

Raimi : “Masha Allah! Aku akui! Bukanlah mudah untuk mencapai hasil yang memuaskan itu! Malah sepanjang proses itu, pasti aku diuji dengan pelbagai dugaan dan kepayahan. Ketika itulah Allah menguji keikhlasanku, adakah benar aku ini ingin berubah. Aku mohon kepadaNya perlindungan dan ketabahan hati, kecekalan dalam usahaku ini”.

Syafiq : “Ameen. Insha Allah, Raimi. Namun, jangan kau lupa, aku ada di sisimu dan akan bersamamu.”

Raimi : “Jazakumullahu khairan kathira, akhi!”

Syafiq : “Wa iyyakum”.


[ Credit ]