Archive

Improving Myself to be a Good Muslim

Siri ‘Improving Myself to be a Good Muslim’ :
Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V

~ Hello~
and
Salamun A’laikum to those are in ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Rasulullah bersabda :

الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا

Maksud: “Manusia seperti logam; terpilihnya semasa jahilliyan; terpilihnya semasa islam; jika mereka ‘faham’.”
[HR Bukhari]-Drpd Abu Hurairah r.a.

[NOTA]
النّاسُ = Manusia / People
مَعادِنْ  = Logam / Metals

Nabi menggunakan analogi utk manusia itu sbg logam. Mengapa? Mari kita ambil tahu!

Cerita tentang salah satu logam yg bernama tembaga:

Zaman Gangsa (Bronze Age) adalah era pra-sejarah lebih drpd 1000 thn sebelum masihi(SM), wujud & terkenal dgn penggunaan gangsa / tembaga, skrg dinamakan sebagai Copper (Kuprum/Tembaga/Cu). Sifat tembaga yg mudah dibentuk, dijadikan jenis peralatan utk memotong & membelah bg menyokong penggunaan kehidupan pd zaman ini.

Zaman moden kini, tembaga masih digunakan, bukan sahaja ia sejenis logam yg mudah dibentuk, malah selepas berkembangnya kajian & ilmu pengetahuan manusia, tembaga digunakan dgn lebih meluas sprt wayar elektrik, atap, mesin industri & lain2x; terbukti masih diguna pakai utk menyokong kehidupan manusiawi kerana sifatnya sbg konduktor haba & elektrik yg baik serta digunakan dlm campuran logam menjadi aloi.

Adakah rupa bentuk fizikal logam itu yg dijadikan analogi kpd manusia?
TIDAK, tetapi sifat / ciri / nilai logam itu yg Nabi maksudkan dlm analogi ini.

1. Kita dapati (melalui fakta) bahawa logam tetap digunakan sepanjang / mana2x zaman kerana NILAI-nya dlm menyokong kehidupan.

2. Bagaimana hendak diaplikasikan nilai logam ini dgn manusia? Nilai logam sama-lah dgn POTENSI DIRI; KEHEBATAN DIRI; BAKAT; KEBOLEHAN; & lain2x sama maksud dgn-nya, bagi mendifinisikan nilai logam di sisi manusia (NILAI MANUSIA).
[NOTA: setiap individu begitu unik, maka nilai pd-nya pasti disedari atau sebaliknya]

3. NILAI MANUSIA ini dpt digunakan utk menyokong sama ada jahilliyah atau islam, TETAPI segala2x-nya bergantung kepada kefahaman-nya.

4. Hadith juga bermaksud dlm keadaan individu dgn nilai-nya itu tidak akan terhapus meskipun dia menjalani / memilih cara hidup jahilliyah atau islam.

5. Nabi ﷺ menyatakan NILAI MANUSIA itu menyokong kehidupan salah satu yg dipilihnya.

Berbalik kpd fakta arkeologi kita, nilai pd tembaga:
(i) > 1000 tahun SM = ciri mudah dibentuk → peralatan memotong / membelah.
(ii) zaman moden = (selepas kajian terperinci) ciri sbg konduktor haba & elektrik yg baik → wayar elektrik dsb.

secara am-nya kita dapati:

  •  Hakikat-nya, melakukan transformasi perubahan dlm kehidupan jahilliyah kpd islam, atau sebaliknya; nilai individu itu tidak terjejas.
  •  Malah, nilai seorang individu itu mengukuhkan / meningkatkan / membantu / memartabatkan lagi kehidupan yg dipilihnya berdasarkan kefahamannya terhadap kehidupan yg lebih baik.

6. Contoh dlm kisah sahabat Rasulullah :

Umar al-Khattab radiallahu a’nhu:

(i) Semasa jahilliyah : terkenal dgn sifatnya yg garang, keras, kesungguhan & kuat digunakan utk menghalang dakwah islam di Makkah.
(ii) Semasa islam : Sifatnya sebelum ini tidak berubah, malah islam di Makkah mampu menjadi teguh & digeruni drpd dikacau dek orang2x yg menentang islam kerana bimbang tindakan Umar terhadap mereka jika diketahui.

Khalid al-Walid radiallahu a’nhu:

(i) Semasa jahilliyah : panglima yg hebat dlm mengetuai tentera. Semasa peperangan Uhud, mendapat kemenangan di atas pimpinannya.
(ii) Semasa islam : sifatnya yg hebat sbg panglima perang dlm mengetuai tentera tidak terhakis sedikit pun. Sbg cth, mendapat kemenangan di atas pimpinannya dlm peperangan Muktah.

7. Contoh kontemperori :

Maher Zain dlm Dunia Seni-nya.

(i) Semasa jahilliyah – dia mengakui meskipun seorang muslim, tetapi kehidupannya pd ketika dahulu jauh drpd Allah : tiada beza kehidupan sbg artis lain.
(ii) Semasa islam : menyedarkan umat islam dgn bakat seni-nya dlm menyampaikan mesej melalui lirik2x & dendangan muzik secara berkesan. (Dakwah)

Jo Yee seorang gadis remaja beretnik Cina, hebat dlm memegang agama kristian, “preaching, debating for inviting people to her religion”. [ Tonton Kisahnya ]

(i) Semasa jahilliyah – beragama Kristian : hebat berpegang kpd agamanya, bersemangat dlm menyebarkan dakyah secara berhujah dgn org lain.
(ii) Semasa islam : mengekalkan kualiti-nya tetapi dilakukan utk islam, menjalankan dakwah islam & memikirkan cara yg lebih berkesan terutamanya dlm mengajak kpd islam kepada golongan muda.

Wardina Safiyyah [ Tonton Kisahnya ]

Ustaz Mohammad Fitri bin A’bdullah [ Tonton Kisahnya ]

8. Bagamana pula dgn anda? Setelah mengetahui islam & cara hidup hidup ini yg terbaik, maka tidak perlulah menghakis / menyisihkan nilai pd diri sebelum ini se-mata2x hanya ingin membuktikan diri sudah berhijrah atau berubah. Malah, nilai diri hendaklah dipandu berdasarkan islam, anda akan dapati ia mampu memberi keuntungan yg berharga dlm kehidupan di dunia & di akhirat, biiznillah.

9. Pd penghujung hadith, Nabi bersabda “ إذا فقهواْ ” (jika mereka faham), di mana perkataan “ فقهواْ ” (faham) itu boleh disebut dgn 2 cara yg menghasilkan 2 maksud yg berbeza:

(i) /Faquhu/ = memhami islam. (dgn erti kata memahami islam itu sendiri).
(ii) /Faqihu/ = memahami ilmu fiqh. (dgn erti kata memahami ilmu di dlm islam).

Tidak semestinya utk memahami islam, perlu menjadi pakar di dalam ilmu fiqh, namun, pemahaman dlm fiqh itu perlu sbg insan yg bergelar sbg muslim. TETAPI, memahami islam yg syumul (keseluruhannya) serta mempraktik-kannya dgn ilmu itu membawa kpd kefahaman islam.

10. Semoga penulisan ini membantu dalam menyinari hidup kita dengan cara hidup yg di redhai Allah subhanahu wa taa’la bersama2x memupuk nilai diri kita terutamanya di dalam Dakwah & Tarbiyah (D&T) :)

Meluaskan bacaan :
:: Manusia seperti logam 1 ::
:: Manusia seperti logam 2 ::

______________________________________
Allahu Taa’la A’lam.
Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.
______________________________________

Siri ‘Improving Myself to be a Good Muslim’ :
Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V

~ Hello~
and
Salamun A’laikum to those are in ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Sabda Rasulullah

إنّما الْأعْمالُ بِالنِّياتِ و إنَّما لِكُلِّ امْرئٍ ما نَوَى
فمَن كانَت هِجْرَتُهُ إلى اللّهِ و رسولِهِ ، فهجرته إلى الله و رسوله
فمن كانت هجرته لِدُنْيا يُصيبُها أوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُها
فهجرته إلى ما هاجَرَ إلَيْهِ

[Mutafaq a'laih]-Drpd Umar al-Khattab r.a.

Ibnu Masu’d radiallahu a’nhu ada menceritakan, sebuah peristiwa hijrah kaum muslimin drpd Makkah ke Madinah, terdapat seorang dlm kalangan mereka yg berhijrah agar tujuannya mengikuti seorang gadis bernama Ummi Qais yg berhijrah & akhirnya utk menikahinya.

Dlm peristiwa hijrah ini, & kelakuan seorang lelaki itu-lah, lalu ter-ucap-lah sebuah hadith ini yg jelas menerangkan ttg NIAT.

Maksud hadith : “Sungguh amalan2x itu dgn niat2x; dan setiap urusan / perbuatan itu dgn apa yg di-niat; maka sesiapa yg hijrah-nya kpd / utk Allah & Rasul-Nya; Maka hijrah-nya itu utk Allah & Rasul-Nya; maka sesiapa hijrah-nya utk dunia yg hendak di-perolehi atau perempuan utk di-nikahi; MAKA hijrah-nya itu kpd apa yg (niat) hijrah ke atasnya.”

1) Cth perbuatan / amalan ketika itu adalah hijrah. Hijrah ketika itu adalah satu tuntutan drpd Allah & Rasul-Nya kpd kaum muslimin.

2) Lalu, meskipun dr segi pandangan kasar-nya kita melihat semua org bergerak menuju ke Madinah, perbuatan itu di-nama-kan hijrah.

3) TETAPI, martabat hijrah itu bergantung kpd niat masing2x, sama ada :

  •   Ikhlas = kerana Allah & Rasul-Nya.
  •   Tidak / selain ikhlas = kerana dunia, perempuan & lain2x.

NIAT & IKHLAS.

Ringkasan definisi.

نية Niat (bahasa) = terkandung 2 ciri:

  • i. Qasad : Tujuan hati.
  • ii. Iradah : Kehendak hati.

Niat (syarak) = hati yg ter-gerak utk melakukan sesuatu dgn mengharapkan redha Allah subhanahu wa taa’la & menampkkan dia patuh & tunduk kpd-Nya.


Jika di-lihat maksud niat dr segi syarak itu, definisi itu tidak lain menjurus kpd ke-ikhlas-an.

Maka, اخلاص ikhlas (bahasa) = خلص /Khalos/ = concluded

ikhlas (syarak) = men-suci-kan niat, perkataan & perbuatan cukup hanya kpd Allah subhanahu wa taa’la.

1) Nah! Amati-lah pd definisi niat & ikhlas dr segi syarak, bahawa niat & ikhlas itu memg di-tuntut & saling berhubung antara satu sama lain. Malah, jikalau definisi ini di-masuk-kan ke dlm hadith tadi, sgt sesuai & mudah di-fahami (moga2x :) )

2) Ingat-lah! Nabiber-sabda :

إنَّ اللّهَ لا يَنظُرُ إلى اَجْسامِكُمْ ، و لا إلى صُوَّرِكُم
و لَكِنْ ينظر إلى قُلوبِكم و اَعْمالِكُمْ

Maksud : “Sungguh Allah tidak melihat pd tubuh badan-mu & tidak pd rupa paras-mu, TETAPI Dia melihat pd HATI-mu & AMALAN-mu.” [HR Muslim]-Drpd Abu hurairah r.a.

3) Mengapa perlu meng-ikhlas-kan niat?

  •   Kerana perintah Allah subhanahu wa taa’la [surah al-Bayyinah(98):5]


وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ

Maksud :“Padahal mereka tidak di-perintah-kan KECUALI menyembah Allah, (dgn) ikhlas se-mata2x kerana al-Deen. .”

  • syarat terima-nya amalan.
  • hidup sentiasa bahagia.
  • di-permudah-kan segala urusan.
  • di-sayangi & di-hormati oleh makhluk Allah (di bumi & di langit).

4) Tips2x utk mengekalkan ke-ikhlasan.
[NOTA: diambil drpd nasihat2x org2x yg insha Allah golongan mereka yg ikhlas]

  • ber-dasarkan ILMU.
  • jauhi populariti & pujian.
  • ber-semangat dlm melakukan benda2x baik.
  • ber-segera kebaikan / jgn tangguh2x.
  • sabar & tidak mengeluh.
  • menyembunyikan amalan.
  • tekun dlm ke-dua2x situasi iman : semasa naik & semasa turun(futur).

5) ILMU sgt penting terutama-nya dgn ber-sumber-kan Quran & Sunnah; kerana dgn ilmu juga kita dpt ber-jaga2x, sentiasa ber-ingat, tahu di mana-kah letak-nya diri kita dlm ke-ikhlas-an.

6) Faktor yg mendorong kpd ikhlas:

Ilmu, Qiamullail, Cinta akhirat, Zuhud (Dunia tidak di hati,tetapi di genggaman kita), *latihan,*latihan*latihan. . .

7) Faktor yg memusnahkan ikhlas:

Jahil, Riya’(suka dilihat), Cinta dunia, U’jub(kagum dgn diri sendiri), Suma’h(suka didengari perihal dirinya), Takbur(membesarkan diri), Habuan dunia, etc.

Kesimpulan-nya, kita tahu memg susah utk mengikhlas-kan diri dlm niat, perkataan & perbuatan kita. Jgn-lah biar-kan diri di-‘provoke‘ dek hasutan syaitan supaya kita ber-putus asa utk men-jadi hamba Allah yg ikhlas. Percaya-lah! Banyak-nya ber-latih suatu hari nanti dgn izin Allah subhanahu wa taa’la dpt kita ter-golong golongan Mukhlisin. Biar-lah nampak tidak ikhlas pd awal-nya, tetapi jgn-lah ber-putus asa utk melatih diri.

Sebelum mengakhiri, mari kita hayati & mengambil manfaat nasihat Imam an-Nawawi rahimahullah ttg amal yg ikhlas di-mana amalan yg MENEPATI SYARAK itu di-serta-kan dgn niat yg BAIK [klik: SUMBER] :

1. Amal dikerja-kan krn takut kpd Allah. Dikenali sbg Ibadat Hamba.

2. Amal dikerja-kan krn ingin mendapatkan syurga & pahala serta menjauhi neraka. Dikenali sbg Ibadat Saudagar.

3. Amal dikerja-kan krn melaksanakan hak KEHAMBAAN kpd Tuhan, MALU kpd-Nya, utk buktikan KESYUKURAN, & merasakan masih CUAI & BIMBANG kalau2x amalan tidak di-terima-Nya. Dikenali sbg Ibadat Merdeka.

Oleh itu, kaut-lah ke-ikhlasan kita sama ada ke-tiga2x-nya atau kerana salah satu-nya. Insha Allah, moga2x kita dpt mencapai keikhlasan dlm ber-amal. Ameen.

_____________________________________
Allahu Taa’la A’lam.
Allah subhanahu wa taa’la Knows Best.
_____________________________________

Siri ‘Improving Myself to be a Good Muslim’ :
Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V

~ Hello~
and
Salamun A’laikum to those are in ‘faith’ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

[NOTE : The original article was posted by an al-Azhar ulamak, Syekh Hijazi Ibrahim Tsarya, & had been translated by Ustaz Suhaimi Jairi]

  • 1. To read the original article in arabic.[CLICK]
  • 2. Untuk mem-baca wacana asli dalam Bahasa Malaysia.[KLIK]

Sudah sedia maklum bahawa nikmat kurnian Allah subhanahu wa taa’la y terlalu byk tidak ter-hitung, sudah pasti se-org muslim itu ber-usaha utk men-syukuri dgn se-mampu yg boleh dgn kadar ilmu y di-ketahui serta di-fahami; sebagai tanda yang jelas ttg ketulusan niat-nya dalam memperakui nikmat2x Allah subhanahu wa taa’la.

Kami mem-bentang-kan beberapa panduan yg boleh membantu untuk menyempurnakan kesyukuran bagi se-org muslim melalui fakta2x berikut :
.

  • 1. Ber-syukur melalui perbuatan. [JUMP TO]
  • 2. Ber-syukur melalui anggota. [JUMP TO]
  • 3. Ber-syukur d atas nikmat. [JUMP TO]
  • 4. Ber-syukur dgn lidah. [JUMP TO]
  • 5.TIDAK mem-beza-kan ucapan Tahmid(alhamdulillah) & syukur dgn syarat. [JUMP TO]
  • 6. Men-syukuri nikmat dgn meng-GUNA-kan-nya dlm ke-TAAT-an. [JUMP TO]
  • 7. Mengakui nikmat Allah ter-masuk cara ber-syukur. [JUMP TO]

1.

Bersyukur melalui perbuatan terlalu sedikit orang yang melakukannya. Ianya berdasarkan firman Allah subhanahu wa taa’ala:

“Bekerja-lah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba2x-Ku yang ber-terima kasih”. [Saba’(34): 13]

Di-riwayat-kan bahawa nabi Daud a.s berkata: “Bagaimana saya mahu bersyukur kepada-Mu sedangkan syukur itu merupakan suatu nikmat dari-Mu”. Allah berfirman: “Sekarang engkau telah mengetahui-Ku dan bersyukur kepada-Ku, kerana engkau telah mengetahui bahawa syukur kepada-Ku salah satu nikmat”. Lalu Daud berkata: “Wahai Tuhan, perlihatlah kepadaku nikmat2x Engkau yang tersembunyi kepadaku”. Allah berfirman: “Wahai Daud, bernafaslah”. Lalu Daud bernafas. Allah berfirman: “Siapakah yang menghitung nikmat2x ini siang dan malam?”.

Daripada Tsabit al-Banany r.a berkata: “Telah sampai kepada kami berita bahawa nabi Daud a.s, isteri dan anaknya mendapat balasan solatnya, kerana waktu malam dan siang tidak berlalu begitu sahaja melainkan manusia dari keluarga Daud mendirikan solat. Oleh itu ayat ini ditujukan kepada mereka:

“Bekerjalah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba2x-Ku yang berterima kasih”. [Saba’(34): 13]

Daripada ‘Ato’ bin Yassar r.a berkata: Rasulullah telah memberi khutbah di atas mimbar dengan membawa ayat ini dan bersabda: “Sesiapa yang melakukan 3 perkara ini maka dia akan didatangkan kepada-nya sama seperti yang didatangkan kepada keluarga Daud”. Lalu ada sahabat yang bertanya: “Apakah ia wahai Rasulullah?”. Sabda nabi:

“Bersederhana semasa marah, rela dengan kemiskinan dan inginkan kekayaan dan mengingati (berzikir) Allah di waktu sunyi atau terang”. (Ad-Dur al-Manthur)

[CLICK TO THE TOP]

2.

Ber-syukur kepada Allah di atas nikmat yang di-kurnia-kan kepada kita melalui anggota ialah seperti yang diriwayat-kan bahawa Abu Hazim telah didatangi seorang lelaki. Lalu bertanya kepada-nya: “Bagaimana syukur melalui kedua mata?”. Beliau menjawab: “Sekiranya kedua mata terlihat sesuatu yang baik saksikankanlah. Sekiranya kedua mata terlihat sesuatu yang buruk, maka tutuplah”.

Lalu lelaki itu bertanya lagi: “Bagaimana bersyukur melalui telinga? Beliau menjawab: “Sekiranya engkau mendengar sesuatu yang baik maka engkau mengambil perhatian dan sekiranya engkau mendengar sesuatu yang buruk engkau sembunyikan-nya”. Lalu lelaki itu bertanya lagi: “Bagaimana bersyukur dengan ke-dua2x belah tangan?” Beliau menjawab: “Ke-dua2x belah tangan itu tidak mengambil yang bukan milik-nya tetapi tidak dilarang mengambil ‘hak Allah’ yang berada di tangan-nya”. Lelaki itu bertanya lagi: “Bagaimana bersyukur melalui perut?” Beliau menjawab: “Dia menjadi bahagian bawahnya dipenuhi makanan dan bahagian atasnya dipenuhi ilmu”. Lelaki itu bertanya lagi: “Bagaimana bersyukur melalui kemaluan?” Beliau menjawab: “Sama seperti firman Allah subhabahu wa taa’la:

“(5) Dan orang2x yang menjaga kemaluan-nya, (6) Kecuali terhadap isteri2x mereka atau hamba yang mereka miliki; Maka Sesungguh-nya mereka dalam hal Ini tiada terceIa. (7) Barang-siapa mencari yang di balik itu. Maka mereka Itulah orang2x yang melampaui batas”. [Al-Mukminun(23): 5-7]

Lelaki itu bertanya lagi: “Bagaimana bersyukur melalui kedua kaki?” Beliau menjawab: “Sekiranya engkau melihat keduanya hidup engkau merasa senang untuk melakukan-nya. Namun sekira-nya engkau melihat keduanya mati engkau akan merasa benci dan berhenti dari melakukan-nya; Engkau ketika itu seorang yang bersyukur kepada Allah. Orang yang beryukur dengan lidah-nya tetapi tidak bersyukur dengan anggota tubuh yang lain, maka dia se-umpama lelaki yang mempunyai pakaian, lalu dia meletakkan di suatu sudut. Dia tidak memakai-nya dan tidak memanfaatkan-nya ketika cuaca panas, sejuk, bersalji ataupun hujan”. (Ad-Dur al-Manthur)

[CLICK TO THE TOP]

3.

Beryukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada-mu. Orang yang dikurniakan nikmat harta maka ia hendaklah menunaikan hak kepada orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak me-minta2x, menderma secara terang atau tersembunyi, pada waktu siang atau malam. Orang yang beryukur, Allah akan tambahkan nikmat lebih banyak dari nikmat kerana menghubungkan silaturrahim dan sedekah juga menambahkan nikmat-nya tetapi dengan syarat setelah menunaikan hak zakat. Orang yang bersyukur pasti-lah Allah akan tambahkan nikmat-nya. Firman Allah subhanahu wa taa’la:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhan-mu memaklumkan; “Sesungguh-nya jika kamu ber-syukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepada-mu, dan jika kamu meng-ingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguh-nya azab-Ku sangat pedih”. [Ibrahim(14): 7]

Dari Qatadah yang berkata tentang ayat ini; “Hak ke atas Allah ialah memberikan kepada orang yang meminta dan pasti Allah menambah orang yang mensyukuri-Nya. Allah yang memberi nikmat amat menyukai orang2x yang bersyukur. Justeru, ber-syukur-lah kepada Allah di atas segala nikmat-Nya”.

Orang yang dikurniakan Allah sesuatu ilmu hendaklah beryukur dengan meng-infaq-kan ilmu-nya dengan mengajar orang lain, memberi tunjuk ajar kepada keluarga dan jiran tetangga-nya. Orang yang di-kurnia-kan Allah pangkat hendak-lah bers-yukur dengan meng-guna-kannya untuk memudah-kan keperluan orang lain dan menyelesaikan permasalahan mereka.

Orang yang Allah limpah-kan kepadan-nya iman yang teguh dan keyakinan yang kukuh, hendaklah mensyukuri-nya dengan melimpahkan iman kepada orang lain dan menumpahkan keyakinannya kepada orang lain. Cara-nya ialah mengingatkan mereka tentang nikmat2x Allah dan menghidupkan hati2x mereka dengan pengharapan, ketakutan dan pergantungan kepada Allah, meneguhkan hati2x mereka bahawa ajal maut dan rezeki adalah di tangan Allah sedangkan makhluk tidak mampu memberi manfaat atau mudarat kepada-Nya, tidak mampu menghidupkan, mematikan atau membangkitkan, dan di antara nama2x Allah yang indah ialah “al-Muhyi” (menghidupkan), “al-Mumit” (mematikan). “ar-Razzaq” (memberi rezeki), “an-Naafi’ (memberi manfaat), “ad-Dhor” (memberi mudarat), “al-Qaabidh” (menguasai) dan “al-Baasit” (membentangkan).

Ringkas-nya ialah mem-perbarui iman mereka dengan memberi bimbingan, nasihat dan menguatkan keyakinan di dalam lubuk hati mereka. Di dalam firman Allah subhanahu wa taa’la:

“(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan se-bahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka”. [Al-Baqarah(2): 3]

Menurut Imam Baidhawi: “Kemungkinan ayat ini bermaksud menafkahkan seluruh nikmat-nikmat yang zahir dan batin yang dikurniakan Allah subhanahu wa taa’la.”

Imam Baidhawi mengukuhkan-nya dengan satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda:

“Sesungguh-nya ilmu tidak dikatakan sebagai gedung sekira-nya tidak di-nafkah-kan”. (Abu Nuim)

Ada ulamak yang mengatakan kepadanya: “Mereka yang kami khusus-kan dengan cahaya makrifah ialah yang melimpahkan ilmunya kepada orang lain”. (Tafsir Baidhawi)

Orang yang dikurniakan Allah zuriat hendaklah menanam-kan akidah tauhid ke dalam hatinya semenjak kecil dan membesarkan-nya di atas ketaatan kepada Allah, melindungi dan memelihara-nya daripada syaitan, seperti isteri Imran meminta perlindungan untuk anak perempuannya (Maryam) sambil berkata:

“dan Aku mohon perlindungan untuk-nya serta anak2X keturunan-nya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” [Ali Imran(3): 36]

[CLICK TO THE TOP]

4.

Jikalau beryukur ialah melalui perbuatan dan nikmat2X yang diperolehi-nya ada hak ke atas muslim, namun ini tidak mengurangkan keperluan bersyukur melalui lidah, kerana di antara hak yang dituntut ke atas kita ialah sentiasa bersyukur kepada Allah melalui lidah. Pada setiap pagi dan petang meng-ikrar-kan Allah dengan ketinggian dan mengakui keperluan seluruh makhluk kepada pemberian dan kurniaan-Nya.

Ini seperti yang diajar kepada kita oleh Raulullah . Daripada Abdullah bin Ghanam berkata: Rasulullah bersabda: “Orang yang membaca pada waktu pagi:

اللهم ما أصبح بي من نعمة، أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر

Maka dia telah ber-syukur sepanjang siang-nya. Orang yang mem-baca pada waktu petang, maka dia telah bersyukur sepanjang malam-nya”. (Abu Daud)

[CLICK TO THE TOP]

5.

Seorang muslim ketika mensyukuri dan memuji Allah, maka dia sebenar-nya telah ber-sangka baik kepada Allah. Tidak membezakan syukur dan pujian kepada Allah.

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa nabi menemui seorang lelaki sambil bersabda: “Wahai Fulan, bagaimana engkau?” Lalu dijawab lelaki itu: “Baik al-hamdulillah“. Nabi berkata kepadanya: “Allah telah men-jadikan-mu baik”.

Kemudian pada suatu hari lelaki itu bertemu nabi . Lalu nabi bertanya: “Bagaimana engkau wahai fulan?” Lalu lelaki itu menjawab: “Baik sekira-nya aku beryukur“. Lelaki itu berkata: Baginda hanya mendiamkan diri tentang-nya. Lalu lelaki itu ber-tanya: “Wahai nabi Allah, engkau telah bertanya tentang-ku dan engkau pernah berkata bahawa ‘Allah menjadikan kebaikan untuk-mu’, tetapi hari ini engkau hanya berdiam diri sahaja”. Lalu nabi menjawab kepada lelaki itu: “Aku dulu bertanya kepada-mu, lalu engkau menjawab al-hamdulillah. Maka aku berkata: ‘Allah menjadikan untuk-mu kebaikan’. Hari ini engkau hanya berkata jika aku bersyukur. Ia me-ragu-kan-ku. Maka aku berdiam diri darimu”. (Ahmad)

[CLICK TO THE TOP]

6.

Tidak di-kira ber-syukur kepada Allah di atas nikmat2x kurnian-Nya melainkan kita menggunakan-nya di dalam perkara ketaatan dan mengharap-kan keredhaan Allah dan kita tidak menggunakan dalam perkara maksiat.

Daripada al-Junid berkata: As-Sariy berkata pada satu hari: “Apakah syukur?” Lalu aku katakan padanya: “Pada pada pendapat-ku syukur ialah tidak menggunakan nikmat2x-Nya dalam perkara maksiat”. (Ad-Dur al-Manthur)

Menurut Zun Nun al-Misry: “Syukur untuk orang yang diatas-mu ialah dengan taat, untuk orang yang setanding dengan-mu ialah dengan … dan untuk orang yang lebih bawah dari-mu ialah dengan berbuat ihsan dan memuliakan-nya”. (Ad-Dur al-Manthur)

Menurut Imam Abu Hamid al-Ghazali: “Ramai orang yang menyangka bahawa syukur ialah berkata dengan lidahnya: al-hamdulillah sebagai syukur kepada Allah sedangkan mereka tidak mengetahui bahawa makna syukur ialah menggunakan nikmat dengan penuh hikmat seperti yang dikehendaki iaitu pada perkara ketaatan kepada Allah Azzawajalla”. (Ihya Ulumuddin)

[CLICK TO THE TOP]

7.

Seorang muslim yang me-rasai nikmat2x sebagai kelebihan dan pem-berian Allah di samping menyakini sepenuhnya tentang ke-tidak mampuan-nya untuk men-syukuri ke atas nikmat2x tersebut. Tetapi apabila dia tetap ber-syukur, maka Allah akan memberikan nikmat yang lain yang juga memerlukan kepada syukur. (Abdul Qadir al-Jailani)

Inilah se-besar2x syukur kepada Allah. Oleh sebab itu ada yang berpendapat: “Ber-syukur ke atas syukur menyempurna-kan ke-syukuran. Hal ini dapat di-lihat kesyukuran anda melalui taufik-Nya dan taufik ini diberikan kerana nikmat2x yang dikurniakan kepada-mu. Maka anda telah bersyukur di atas kesyukuran itu, kemudian anda ber-syukur di atas syukur di atas kesyukuran itu sehingga tiada kesudahan”. (Abdul Qadir Jailani)

Daripada Abi Umar as-Syaibani berkata: “Nabi Musa a.s telah berdoa semasa berada di Tuur, Sinai: “Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menunaikan solat menuju keredhaan-Mu, aku telah bersedekah menuju keredhaan-Mu, aku telah menyampaikan risalah agama menuju keredhaan-Mu. Maka adakah aku telah mensyukuri-Mu?” Lalu Allah berfirman: “Wahai Musa, sekarang engkau telah mensyukuri-Ku”.

Nabi Musa a.s telah berkata: “Bagaimana aku mensyukuri-Mu? Nikmat yang paling kecil pun aku telah letakkan semua amalan-ku pada perkara yang tidak melebihi batas diri-ku”.Lalu Allah telah berfirman kepadanya: “Wahai Musa engkau sekarang telah mensyukuri-Ku”. (Abdul Qadir al-Jailani)

Menurut al-Qurtubi: “Hakikat syukur melalui pengiktirafan nikmat kepada pemberi nikmat ialah tidak menggunakan bukan pada perkara ketaatan”. (Al-Qurtubi)

[CLICK TO THE TOP]

________________________________________
Allahu Taa’la A’lam
Allah subhanahu wa taa’la   Knows  Best.
________________________________________

Siri ‘Improving Myself to be a Good Muslim’ :
Part I | Part II | Part III | Part IV | Part V

~Hello~
and
Salamun A’laikum to those with ‘faith‘ (i.e Mukminin) – QS 06:54

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dari Abu Said, iaitu Sa’ad bin Sinan al-Khudri radiallahu a’nhu bahawasanya Nabi Allah salallahu a’laihi wa salam bersabda:

“Ada seorang lelaki drpd golongan umat yang sebelum-mu telah membunuh 99 manusia, kemudian dia menanyakan tentang orang yang ter-alim(paling berilmu;paling pandai) drpd penduduk bumi, lalu dia ditunjukkan pada seorang pendeta(ahli ibadah). Dia pun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahwa sesungguhnya dia telah membunuh 99 manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat? Pendeta itu menjawab: “Tidak!” Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian dia telah menyempurnakan jumlah 100 dengan ditambah seorang lagi itu.

Lalu dia bertanya lagi tentang orang yang ter-alim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya dia mengatakan bahwa sesungguhnya dia telah membunuh 100 manusia, apakah masih diterima taubatnya? Orang alim itu menjawab: “Ya! Siapa yang dapat menghalangi antara dirinya dengan taubat itu!? Pergilah engkau ke tanah begini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta’ala, maka sembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanah air mu, sebab tanah air mu adalah negeri yang buruk.
*
Orang itu terus pergi sehingga di waktu dia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba dia didatangi oleh kematian.

Kemudian bertengkarlah Malaikat Rahmat(tugas memberi rahmat) dan Malaikat A’zab(tugas memberi siksaan) (untuk mempersoalkan diri orang tadi); Malaikat Rahmat berkata: “Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta’ala.” Malaikat A’zab berkata: “Sesungguhnya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun.

Selanjutnya ada satu malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, iaini dijadikan hakim pemutusnya – untuk menetapkan mana yang benar. Ia berkata: “Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya (maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka dia adalah milik Malaikat Rahmat dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka dia adalah milik Malaikat A’zab).”

Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahwa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki (iaini yang dituju untuk melaksanakan taubatnya). Oleh sebab itu, maka dia dijemput oleh Malaikat Rahmat.”

(Muttafaq ‘alaih – riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang sahih disebutkan demikian : “Orang tersebut lebih dekat sejauh sejengkal sahaja pada kampung/desa yang baik itu (iaini yang hendak didatangi), maka dijadikanlah dia termasuk golongan penduduknya.”

Dalam riwayat lain yang sahih pula disebutkan : “Allah Ta’ala lalu mewahyukan kepada tanah yang ini (tempat asalnya) supaya engkau menjauh dan kepada tanah yang ini (tempat yang hendak dituju) supaya engkau mendekat” ((maksudnya supaya tanah asalnya itu memanjang sehingga kalau diukur akan menjadi jauh, sedang tanah yang dituju itu menyusut sehingga kalau diukur menjadi dekat jaraknya)). Kemudian firman-Nya: “Ukurlah antara keduanya.” Malaikat-malaikat itu mendapatkannya bahwa kepada yang ini (yang dituju) adalah lebih dekat sejauh sejengkal sahaja jaraknya. Maka orang itu pun diampuni dosa-dosanya.”

Dalam riwayat lain lagi disebutkan : “Orang tersebut bergerak (amat susah payah kerana hendak mati) dengan dadanya ke arah tempat yang dituju itu.”

[sumber : Kitab Riyadh al-solihin, Imam an-Nawawi rh.;Bab Taubat]

1. Saudara-ku sekalian, hadith ini sentiasa dengar, bukan? Penulis tertarik utk berkongsi dgn pembaca utk memperingati diri kita masing2 pengajaran drpd hadith, insha Allah dpt mendatangkan semangat kita utk melaksanakannya dlm kehidupan kita.

2. Penulis bukan seorang pakar hadith, tetapi y menariknya pd hadith tersebut, memmbuatkan hati penulis terasa bahawa sentiasa ada-nya HARAPAN, ‘HOPE‘ utk diri penulis, sbg seorg muslim di mana iman-nya kadang2 naik & kadang2 turun, kemudian selalu sangat melakukan kesilapan & dosa bukan setakat kpd Rabb, Allah subhanahu wa wa taa’la, malah kpd sesama insan. Harap, para pembaca, saudara-ku sekalian terasa begitu juga :)

3. Apakah harapan y dimaksudkan penulis ttg HARAPAN itu? Ya! Ia adalah, “Tidaklah menjadi satu halangan bg seseorang itu utk berubah pd dirinya kpd lebih baik / ‘improve him or her self’ / bertaubat / kembali kpd Allah subhanahu wa taa’la / menyucikan diri drpd dosa & seumpama dgn nya“.

4. Alhamdulillah, drpd hadith ini, kita yakin benar jalan terbuka kpd kita utk kembali, memperbaiki diri & berubah itu sentiasa ada. Tetapi, menjadi satu persoalan juga selepas itu, “apa cara y berkesan ke arah itu ye?

5. Penulis ada beberapa cadangan y menarik & berkesan, insha Allah, jom perhatikannya!

(i)  Hijrah.

Secara umum-nya maksudnya pindah dr satu tmpt ke satu tmpt y lain. Mcm mana nak apply point ni?
Mudah sahaja! Cuba lihat kembali pd hadith kita hari ini.

Kata org a’lim kpd lelaki y ingin berubah tu : “. . Pergilah engkau ke tanah begini-begini, . . . janganlah engkau kembali ke tanah air mu, sebab tanah air mu adalah negeri yang buruk.

Nampak, kan!? Jikalau keadaan di sekeliling kita sentiasa ber-gelumang dgn perkara2 maksiat, dosa, kemungkaran & lain2, perlunya kita berpindah dr tmpt itu kpd tmpt y menjadi jaminan kpd diri kita agar insha Allah kita tidak akan terjebak lg dgn benda2 tu semua pd masa akan dtg.

hum. . mcm mana kalau kita tidak mampu berpindah, atau pindah tmpt adlah idea y sgt berat nak lakukan krana byk halangan utk di laksanakan. Penulis beri cdgn dgn, kita UBAH benda2 tak elok tu dr tmpt kita.

Kalau tak mampu juga, penulis mencadangkan agar hati kita ber-uzlah drpd benda2 tak baik tu. Apa itu ‘uzlah‘? Secara ringkas bermaksud ‘mengasingkan’ lah~ Jadi, jikalau hati ber-uzlah, maknanya hati kita mengasingkan drpd mencernakan perkara2 tidak elok itu. Situasi begini memang sgt mencabar, percayalah! Memang memerlukan thp kesabaran y tinggi!

(ii) Bersama2 dgn org y baik2 / taat kpd Allah subhanahu wa taa’la / beramal soleh & seumpama dgn-nya.

Seperti dlm hadith ini juga, sebelum org a’lim tu kata : “. . janganlah engkau kembali ke tanah air mu, sebab tanah air mu adalah negeri yang buruk.“, dia kata : ” . . di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta’ala, maka sembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka . .” .

Penulis bersetuju sgt bahawa memang kena sentiasa bersama dgn org2 y baik2. Bukan apa. . kita ni dah la pernah buat silap dulu2, Alhamdulillah, nak juga berubah skrg ni, tetapi kdg2 benda y silap dulu2 tu dah selalu terbiasa dlm hidup kita, jd kdg2 terbuat lagi. Oleh itu, sahabat2 kita y bagus2 ni, bukan setakat memberi environment y membantu dlm perbaiki diri & amalan kita, bahkan dpt memberi teguran kpd kita kalau2 tersilap & sebagainya.

Saudara-ku sekalian, utk point ni kan~ Penulis lebih gemar utk menyatakan bahawa, bukan setakat ke-bersamaan kita dgn mereka dpt membantu kita, apa kata~ kita jadikan mereka sbg kawan baik, teman karib, soul mate atau apa2 istilah-lah menunjukkan kita ni menjadi rapat krn Allah subhanahu wa taa’la. Itu lagi best kan!?

(iii) Benar2 berniat utk berubah / perbaiki diri, maksudnya, betul2 ikhlas!

Point2 di atas, kita laksanakan, kerana ia adalah berbentuk tindakan atau amal ke arah matlamat kita.

Tetapi, ketahuilah, setiap amalan perbuatan itu bermula dgn niat-nya. Oleh sebab itu, cuba tanya hati kita, betul tak y tujuan/matlamat hati kita & kehendak hati kita tu betul-kah nak berubah? Kalau YES jwpn-nya. Alhamdulillah, elok la tu. Lagi satu soalan. . utk apa kita berubah? di sini ada 2 sahaja pilihan, bagi pendapat penulis-lah, iaitu :

1) Utk Allah & Rasul-Nya, atau

2) Utk Dunia.

Kalau utk/krn Allah & Rasul-Nya, subhanallah! Moga2 apa y di-usahakan itu tercapai & di-kurniakan hidayah & taufiq drpd Allah subhanahu wa taa’la. Ameen.

Kalau utk Dunia! Apa maksudnya ni? Semua benda selain krn Allah & Rasul-Nya adalh dlm kategori ‘Dunia‘.
Contoh, “nak jadi baik sebab nanti awek tu suke kat aku!“, “aku nak berubah,nanti client nampak aku seorang y boleh dipercayai, business aku akan laku & maju nanti, hahahahahaha!” . . ish2 Nau’zubillahi min zalik.

(iv) Bersangka baik dgn Allah subhanahu wa taa’la.

Hidayah milik Allah subhanahu wa taa’la, kita mohon drpd-Nya azza wa jalla.
Allah subhanahu wa taa’la maha pengampun, maha pemurah lagi maha penyayang.
Oleh itu, kita hendaklah YAKIN akan pertolongan-Nya, ter-ampunnya dosa kita, & percayalah bhwa Allah subhanahu wa taa’la itu memang sayang akan hamba2-Nya. Insha Allah. .

Apa contoh bhwa Dia syg akan hamba2-Nya? Jawapannya ada pd hadith ini juga :
Cuba perhatikan & baca bermula dgn “. . tiba-tiba dia didatangi oleh kematian . .[KLIK DI SINI utk membaca semula]” sehingga akhir hadith.

Apa y berlaku kpd lelaki tersebut? Akhirnya dia dimasukkan ke syurga bi iznillah(dgn izin Allah) serta mendapat rahmat & keampunan drpd-Nya.

Kenapa dia di-masukkan ke syurga? Padahal kehidupan-nya sebelum ber-taubat tidak pernah melakukan amal soleh, malah tlh melakukan dosa besar belaka, bak kata Malaikat A’zab kpd Malaikat Rahmat.

Jawapan kpd persoalan ini juga terjawab di dlm teks hadith ini juga. Iaitu, wahai saudara2-ku, kenapa kita dapati pd riwayat lain y sahih bahawa Allah subhanahu wa taa’la mendekatkan bumi tmpt (y baik) lelaki itu hendak ber-hijrah mendekati jasadnya itu, sehingga keputusan y adil bahawa milik Malaikat Rahmat-lah y akhirnya lelaki itu di jemput!

Pengajaran drpd ini adalah, Allah subhanahu wa taa’la itu maha berkuasa pd setiap sesuatu, lagi maha mengetahui perihal hamba2-Nya. Jika kita tgk pd lelaki itu, dia IKHLAS, dia BERUSAHA sungguh2 menuju ke tmpt y ditujunya itu. Allah subhanahu wa taa’la maha memahami lelaki itu. Dgn keizinan Dia, Rabb al-Jalil, lelaki itu diampunkan dosa2-nya y lepas, seperti apa y di-firmankan Allah subhanahu wa taa’la :

[ Surah al-Furqan(25) : ayat 68-71 ]

وَالَّذِينَ لاَ يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَـهَا ءَاخَرَ وَلاَ يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِى حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَلاَ يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذلِكَ يَلْقَ أَثَاماً

يُضَـعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيـمَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَاناً

إِلاَّ مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَـلِحاً فَأُوْلَـئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَـتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَـلِحاً فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتاباً

Makna :

  • Dan org2 y tidak menyekutukan Allah dgn sembahan lain, & tidak membunuh org y di-haramkan Allah kecuali dgn (alasan) y benar, & tidak ber-zina; & sesiapa y melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat hukuman y berat (68)
  • Akan di-lipat gandakan azab untuk-nya pd Hari Kiamat & dia akan kekal dlm azab itu, dlm keadaan ter-hina (69)
  • KECUALI org2 y ber-taubat & beriman & mengerjakan amal soleh; maka dosa (kejahatan) mereka digantikan Allah dgn kebaikan. Allah maha pengampun, maha penyayang (70)
  • Dan sesiapa ber-taubat & ber-amal soleh, maka sesungguh-nya dia ber-taubat kpd Allah dgn taubat y sebenar-benar-nya (71)

Saudara2-ku, selain itu, sebenarnya, Allah subhanahu wa taa’la memang memberi HARAPAN kdp hamba2-Nya seperti apa y di-firmankan-Nya :

[ Surah az-Zumar(39) : ayat 53 ]

قُلْ يعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَى أَنفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Makna : ” Katakanlah : Wahai hamba2-Ku y melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Jangan-lah kamu berputus asa drpd Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semua-nya. Sungguh Dia-lah yang maha pengampun, maha penyayang’. “

(v) Banyakkan berdoa’ !

(vi) Fahami Islam!

Penulis menyeru kpd pembaca, marilah kita jd muslim y baik, y beramal dgn amalan Islam, memahami agama-nya, sentiasa mencari & menambah ilmu agama & dunia. Ahah!!! Tgk balik di mana ke-ikhlasan hati kita!?

Kalau kita kaut ilmu byk2, bukan bermaksud nak jd ustaz/uztazah atau seumpama dgn-nya. Lepas tu, bukan-nya digunakan utk argue something dgn org lain kalau org buat silap or what ever.

Ilmu itu salah satu bekalan utk didikan & tarbiyyah, bukan setakat utk diri kita, malah utk org di sekeliling kita am-nya. Tanpa ilmu, mcm mana lah nak ber-taubat, ber-amal soleh & lain2.

Ambil pengajaran juga drpd kisah dlm hadith ini :

Lelaki berdosa bertanyakan “Siapa y paling pandai . . ” , org menunjukkan kpd se-org pendeta/A’bid (ahli ibadah semata2), sehingga si A’bid itu menjawab soalan si lelaki itu tanpa ilmu y melambangkan org ber-ilmu menyebabkan si A’bid itu juga di-bunuhnya.

Ambil pengajaran, bahawa mesti cari ilmu jika kita tidak tahu, tanya kpd org y tahu, seperti usaha lelaki berdosa ini mencari org A’lim / org y lebih mengetahui, utk bertanyakan hal-ehwal berkaitan dgn-nya.

Bersama2-lah kita beringat utk ber-ibadah & beramal soleh atas dasar ilmu, bukan adalah ikut-ikutan me-’khinzir‘ buta :) , dengar-dengaran, lihat-lihatan, sedap-sedapan, & sebagainya.

6. Kesimpulannya :

BE A GOOD MUSLIM.
MAY ALLAH REWARDS US WITH THE JANNAH ON THE DAY OF RESSURECTION, insha Allah.

________________________________
Allahu Taa’la A’lam
Allah subhanahu wa taala Knows Best
________________________________